Portal Jaminan Kualiti Perisian (SQA) Aplikasi Sektor Awam diwujudkan untuk membudayakan pelaksanaan jaminan kualiti perisian aplikasi kepada Agensi-Agensi sektor awam melalui rujukan setempat:

  • Garis panduan pelaksanaan pembangunan perisian aplikasi di sektor awam
  • Artifak/templat pembangunan dan pengujian perisian aplikasi
  • Hebahan aktiviti berkaitan jaminan kualiti perisian aplikasi

Fungsi portal SQA

  • Dokumen boleh dimuat turun
  • Dokumen senang dibaca (reading friendly)
  • Mempunyai fungsi carian
  • Mengalukan sebarang aduan dan maklumbalas terhadap kandungan portal

IV&V Handbook mengandungi maklumat mengenai garis panduan dan pelaksanaan IV&V yang boleh dijadikan rujukan oleh agensi Kerajaan dan syarikat pembangun aplikasi dalam pembangunan sistem aplikasi. 


 

KRISA menyediakan panduan proses pembangunan sistem aplikasi dengan memberi fokus pelaksanaan aktiviti dan apakah serahan yang perlu dihasilkan pada setiap fasa kitar hayat pembangunan sistem. 


 

PPrISA memberi panduan komprehensif untuk menguruskan projek ICT sektor awam. Panduan ini mengandungi tatacara untuk melaksanakan projek dari Fasa Permulaan, Perancangan, Pelaksanaan, Kawalan dan Penamatan.


 

IV&V quick guide adalah ringkasan kepada IV&V Handbook. Ia boleh dijadikan rujukan pantas oleh agensi semasa pelaksanaan IV&V dari semasa ke semasa. 


 

Software Quality Management Using Devops Approach adalah merupakan garis panduan bagi menerapkan nilai kualiti dalam setiap fasa pelaksanaan projek ICT sektor awam. 


 

Garis Panduan Penyediaan Perancangan Strategik Pendigitalan Sektor Awam merupakan satu garis panduan standard dalam penyediaan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) agensi sektor awam.